Mengapa Khadijah Disebut Ummul Mukminin?
KHADIJAH Ummul Qasim, binti Khuwailid, bin Asad bin Abdil ‘Izzi bin Qisha bin Abdil ‘Izzi bin Qishaa bin Kilaab adalah wanita yang paling dihormati oleh kaum Quraisy, suku yang berwatak panas itu. Dia pulalah orang pertama yamg mengakui kerasulan suaminya (Muhammad SAW) sebelum Abu Bakar As- Siddiq menyatakan hal itu kepada Rasulullah, setelah mendapat peringat dari putera bapa saudaranya yang bernama Waraqah bahawa pada diri suaminya terdapat tanda-tanda kenabian.
Di samping kerana keluhuran budi pekertinya, dan kebaikan hatinya, Khadijah adalah seorang ibu rumah tangga yang turut berjuang membantu jihad sang suami dengan sedaya upayanya menegakkan kebenaran di antara kejahiliyahan kaumnya sendiri, baik yang disumbangkannya berupa pemikiran, harta benda mahupun kerana motivasi kewibawaan nama baik keluarganya .
Oleh sebab jarangnya sifat-sifat yang dimiliki Khadijah terdapat pada diri kaum wanita, sejagat alam ini sekali pun, maka termasuklah dia ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang menghuni syurgaNya kelak.
Pernah suatu ketika, isteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Aisyah binti Abu Bakar berkata: “Tidak seperti biasanya aku merasa cemburu kepada wanita-wanita lain, tetapi begitu Rasulullah menyebut-nyebut nama Khadijah lalu baginda memujinya (Khadijah) perasaan itu (cemburu) tidak boleh aku pendam.”
Di antara kelebihan dan kemuliaan hatinya dari manusia yang lain sebagai isteri Rasulullah yang pertama, lebih-lebih lagi ketika itu beliau masih remaja (sedang Khadijah sudah berusia 40 tahun) adalah bahawa Khadijah merupakan penyumbang dana dakwah terbesar bagi suaminya sendiri yang dihasilkan nya dari laba berniaga.
Maka oleh sebab itulah, Allah berfirman kepada Rasulullah SAW untuk menyampaikan janji Allah SWT kepada isterinya akan kebahagiaan abadi di dalam syurga yang merupakan “Daarun Ni’aam” (alam kenikmatan), tiada jeritan penderitaan di sana, sebagaimana halnya di dalam neraka.
Az-Zubair bin Bakar berkata: “Pada masa sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, Khadijah dikenal sebagai wanita suci, ibunya bernama Fatimah. Dia juga wanita yang dihormati kerana ketekunannya di dalam beribadah.”
Isteri Nabi Muhammad SAW ini pernah membina rumah tangga dengan dua orang lelaki dari suku Quraisy yang bernama Abu Halah Az-Zararah At-Tamiemi. Beberapa saat kemudian kerana suatu masalah, akhirnya mereka bercerai dan Khadijah bernikah pula dengan suaminya yang kedua, namanya ‘Atieq bin Abid bin Abdillah bin Umar bin Majzum. Tetapi kelangsungan hidup mereka tidak bersatu lam, kerana untuk kali kedua ini hal serupa dialaminya kembali.
Dengan begitu, saat Rasulullah mengahwininya, Khadijah adalah seorang janda dari dua orang suami. Ketika itu usia baginda telah mencapai 25 tahun, sedangkan Khadijah 15 tahun lebih lanjut dari umur baginda.
AISYAH meriwayatkan bahawa Khadijah meninggal dunia di bulan Ramadhan. Marwan bin Mu’awiyah berkata: “Wali bin Daud meriwayatkan dari Abu Al-Bahi. Katanya: “ Aisyah berkata: “Apabila Rasulullah berbicara tentang keperibadian Khadijah, beliau selalu memuji-memujinya tanpa rasa bosan. Lalu, kukatakan (Aisyah) : “Allah telah menjadikan engkau mahu mengahwini seorang wanita yang sudah lanjut usia.”
Kata Aisyah: “Selesai aku mengucapkan kata-kataku tadi, aku melihat raut muka baginda marah kepadaku. Maka aku berjanji, “Demi Allah, jika sesuatu perkataan akan menyakiti hati Rasulullah aku tidak mengucapkannya lagi, seperti aku sudah menyebut-nyebut usia Khadijah yang lebih tua dari umur baginda. Sesaat kemudian, Rasulullah bertanya kepadaku: “Apa yang kau ucapkan tadi wahai isteriku? Sesungguhnya dia (Khadijah) adalah orang pertama yang mempercayai kenabianku sebelum orang-orang mendahuluinya, dan dia selalu berusaha melindungiku dari ancaman kaum Quraisy.” Akhirnya baginda tersenyum kepadaku.”
Muhammad bin Fadliel meriwayatkan dari Umarah. Katanya dia mendengar penuturan Abu Zar’ah yang didengarnya dari Abu Hurairah bahawa dia mendengar percakapan Malaikat Jibrail dengan Nabi Muhammad Saw. Jibrail berkata: “Khadijah ini akan menghidangkan sebuah tempayan yang berisikan makanan dan minuman kepadamu, ketika itulah, sampaikan salam Allah kepadanya bahawa kelak dia kan dimasukkanNya ke dalam syurga yang penuh kenikmatan, dan tiada terdengar suara dan jerit penderitaan di sana.”
Inbu Ishaq berkata: “Pada waktu Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia, aku ada bersama Rasulullah mendatangi kediamannya. Aku sendiri mengakui ketulusan perangai Khadijah sebagai ibu rumah tangga yang jujur kepada suaminya, dialah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW, dengan hati ikhlas dia menyumbangkan harta bendanya. Sungguh keharmonian mereka berdua tiada yang mengira, kerana Nabi Muhammad sendiri pernah mendagangkan barang-barang niaga milik Khadijah bersama Maisarah ke Negeri Syam. Setelah pekerjaan baginda cukup lama, akhirnya dia tertarik dengan kejujuran Rasulullah, yang ketika itu belum menjadi suaminya. Sejak itulah hubungan keduanya bertambah akrab, apalagi semenjak pernikahan sudah dilangsungkan.”
Subhanallah begitu mulia akhlak Kahdijah binti Khuwailid, seorang yang pertama kali membenarkan kenabian Muhammad SAW. Dan melindungi dakwah nabi dengan harta benda yang di milikinya.
Semoga kita semua bisa memiliki sifat terpuji dari Khadijah, walau tidak seluruhnya. Berusaha menjadi wanita akhir zaman yang sholehah. []
Facebook Fanpage cermin muslimah
No comments:
Post a Comment