Rahasia Keistimewaan Sumur Zamzam

 

SEBAGAIMANA kita ketahui bahwa sumur air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS. Pada waktu itu, Ibunda Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya antara bukit Safa dan Marwah.

Hal ini merupakan perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS agar baginda meninggalkan zuriatnya ini di wadi (lembah) Makkah. Riwayat Ibn Majah yang akan dijelaskan di bawah nanti, suka bagi kami untuk menyatakan beberapa fadhilah dan kelebihan yang berkaitan dengan air zamzam:

  • Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak itu menandakan atau menunjukkan akan kemuliaannya. Dalam Tajul-Arus, dinukilkan daripada Ibn Birri, terdapat dua belas nama bagi air zamzam.
  • Air zamzam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (2/41).
  • Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam Nawawi berkata: “Pendapat yang asah (lebih sahih) bahwa secara zahirnya, ia adalah dari Surga”.
  • Air zamzam adalah karunia daripada Allah yang utama kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Ismail AS.
  • Air zamzam juga sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah adalah pendapat Imam ibn al-Daiba’ al-Syaibani.
  • Allah SWT telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai antara penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi tersebut.
  • Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq. (Hal ini karena orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya).

Melihat kepada firman Allah SWT dan Hadis di atas, Allah SWT telah memberi nikmat kepadanya (Hajar) dan juga kepada anaknya (Ismail) dengan terpancutnya air (zamzam) dari tempat yang kering kontang dan tidak mempunyai apa-apa. Berdasarkan ulasan ringkas di atas, air zamzam adalah air yang mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya dan kami akan jelaskan dengan lebih terperinci di bawah ini dengan mendatang dalil-dalil yang berkaitan dengannya.

Hadis-Hadis Berkaitan Air Zamzam

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan berkenaan dengan air zamzam ini. Antaranya:

Daripada Jabir bin Abdillah RA telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ

“Air zamzam bergantung pada siapapun yang meminumnya.” (Riwayat Ibn Majah, 3062)

Takhrij Hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh dua orang sahabat Nabi ﷺ yaitu Abdullah bin Abbas RA dan juga Jabir bin Abdillah RA. Selain itu juga, dengan maknanya daripada Hadis Abdullah bin Amr RA, Abdullah bin Umar RA dan juga Muawiyyah RA.

Hadis di atas melalui jalur Jabir RA telah diriwayatakan oleh Ibn Majah di dalam sunannya dan ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam dalam Kutubu Sittah yang lain. Selain itu, Imam Ahmad meriwayatkan hadis melalui jalur yang sama di dalam musnadnya [Lihat: Musnad imam Ahmad (14849), 140/23] dan juga imam al-Baihaqi di dalam sunanya [Lihat: Sunan al-Kubra (9442), 148/5]. Adapun, Hadis ini juga diriwayatkan oleh imam al-Hakim di dalam mustadraknya melalui jalur Abdullah bin Abbas RA [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1].

Dalam sahih al-Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA:

وَجَعَلَتْ أُمُّ إِسْمَاعِيلَ تُرْضِعُ إِسْمَاعِيلَ وَتَشْرَبُ مِنْ ذَلِكَ المَاءِ، حَتَّى إِذَا نَفِدَ مَا فِي السِّقَاءِ عَطِشَتْ وَعَطِشَ ابْنُهَا، وَجَعَلَتْ تَنْظُرُ إِلَيْهِ يَتَلَوَّى، أَوْ قَالَ يَتَلَبَّطُ، فَانْطَلَقَتْ كَرَاهِيَةَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَوَجَدَتِ الصَّفَا أَقْرَبَ جَبَلٍ فِي الأَرْضِ يَلِيهَا، فَقَامَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ اسْتَقْبَلَتِ الوَادِيَ تَنْظُرُ هَلْ تَرَى أَحَدًا فَلَمْ تَرَ أَحَدًا، فَهَبَطَتْ مِنَ الصَّفَا حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الوَادِيَ رَفَعَتْ طَرَفَ دِرْعِهَا، ثُمَّ سَعَتْ سَعْيَ الإِنْسَانِ المَجْهُودِ حَتَّى جَاوَزَتِ الوَادِيَ، ثُمَّ أَتَتِ المَرْوَةَ فَقَامَتْ عَلَيْهَا وَنَظَرَتْ هَلْ تَرَى أَحَدًا فَلَمْ تَرَ أَحَدًا فَفَعَلَتْ ذَلِكَ سَبْعَ مَرَّاتٍ، قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَذَلِكَ سَعْيُ النَّاسِ بَيْنَهُمَا» فَلَمَّا أَشْرَفَتْ عَلَى المَرْوَةِ سَمِعَتْ صَوْتًا، فَقَالَتْ صَهٍ – تُرِيدُ نَفْسَهَا -، ثُمَّ تَسَمَّعَتْ، فَسَمِعَتْ أَيْضًا، فَقَالَتْ: قَدْ أَسْمَعْتَ إِنْ كَانَ عِنْدَكَ غِوَاثٌ، فَإِذَا هِيَ بِالْمَلَكِ عِنْدَ مَوْضِعِ زَمْزَمَ، فَبَحَثَ بِعَقِبِهِ، أَوْ قَالَ بِجَنَاحِهِ، حَتَّى ظَهَرَ المَاءُ

“Ibu Ismail menyusui anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air). Dia melihat anaknya dalam keadaan yang cemas karena anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air karena tidak sanggup melihat anaknya kehausan. Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Saafa karena ia adalah bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun. Setelah itu, dia pun turun (dari bukit Saafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat ujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai ke lembah, yaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana? Tetapi, ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali. Ibnu Abbas RA, bahwa Nabi ﷺ: “Itulah Sa’i yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”. Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”. Dia mencoba mendengarnya lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata: “Engkau telah menperdengarkan suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”. Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar.” (Hadist Riwayat al-Bukhari, 3364).

Kisah-kisah Ulama yang Meminum Air Zamzam

Amalan meminum air zamzam ini telah diamalkan oleh para sahabat dan juga salafu Sholeh sejak dahulu lagi. Diriwayatkan oleh Imam al-Hakim bahwa Ibn Abbas RA apabila meminum air zamzam, beliau akan berdoa dengan berkata:

اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعَا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit”. [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1]

Tambahan pula, Imam al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Juz fi hi al-Jawab an hal al-Hadis al-Masyhur “مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ” menceritakan beberapa kisah ulama’ yang meminum air zamzam, antaranya:

Imam al-Hakim

“Telah meminumnya (air Zamzam) al-Hakim Abu Abdillah agar dikurniakan oleh Allah SWT penulisan yang baik dan juga perkara-perkara yang lain. Maka dengan itu, beliau telah menjadi antara ulama’ yang telah menghasilkan penulisan atau karya-karya yang baik pada zamannya”.

Imam al-Iraqi

“Beliau telah meminumnya untuk sesuatu maka Allah SWT memakbulkan apa yang dihajatinya.”.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar

“Aku telah meminumnya pada satu kali dan aku memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan sebagaimana Imam al-Zahabi dalam menghafaz hadis-hadis Nabi ﷺ ketika permulaanku dalam mempelajari atau mencari hadis. Kemudian aku menunaikan haji lebih kurang 20 tahun selepas daripada itu, aku merasakan di dalam diriku bahwa kelebihan yang Allah kurniakan kepadaku melebihi apa yang ada pada Imam al-Zahabi. Dengan itu, aku memohon kepada Allah SWT agar memberiku martabat atau kedudukan yang lebih tinggi daripada martabat sebelum ini dan aku mengharapkan Allah SWT memakbulkan permintaanku ini.”

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

“Aku dan selain daripadaku telah mengalami perkara yang ajaib ketika berubat dengan menggunakan air Zamzam. Aku telah sembuh dari beberapa penyakit yang menimpaku dengan izin Allah. Selain itu, aku juga telah menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air Zamzam sebagai makanannya selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih dan dia tidak berasa lapar. Dalam waktu yang sama, dia melaksanakan tawaf sebagaimana manusia yang lain. Telah memberitahuku bahwa kadang-kadang dia seperti itu selama empat puluh hari dan dia juga mempunyai kekuatan untuk berjima’, berpuasa dan melaksanakan tawaf berkali-kali.” [Lihat: Zad al-Ma’ad fi Hadyi Khair al-‘Ibad, 361/4].

Kelebihan Air Zamzam

Berikut adalah beberapa hadis yang menunjukkan akan kelebihan air Zamzam:

  • Zamzam adalah air terbaik di dunia

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahwa Nabi ﷺ bersabda:

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ ،

“Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. dan penawar bagi penyakit”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)] [al-Haitahmi mengatakan bahwa perawi-perawinya adalah thiqah (boleh dipercayai dan hadis ini juga disahihkan oleh Ibn Hibban. Lihat: Majma’ al-Zawaid, 286/3]

  • Zamzam dapat mengeyangkan siapapun yang meminumnya

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahwa Nabi ﷺ bersabda:

فِيْهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ

Padanya (air Zamzam) terdapat makanan yang mengenyangkan”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)]

  • Zamzam merupakan penawar bagi penyakit

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahwa Nabi ﷺ bersabda:

وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

“Dan penawar bagi penyakit.” [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)]

  • Air Zamzam digunakan untuk mencuci hati Nabi ﷺ

Daripada Abu Zar RA, bahwa Nabi ﷺ bersabda :

فَنَزَلَ جِبْرِيْلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَفَرَّجَ صَدْرِيْ، ثُمَّ غَسَلَهُ بِمَاءٍ زَمْزَمَ

“Maka Jibril AS turun lalu membelah dadaku, kemudian dia (Jibril) mencucinya dengan air zamzam.” [Riwayat al-Bukhari (1636)].

Di mana letak sumur Zamzam?
Sumur air Zamzam berada di kawasan Masjidil Haram, Makkah. Berada sekitar 11 meter dari Ka’bah, sumur air Zamzam tidak pernah kering.
Berapakah dalam sumur Zamzam?

Secara total kedalaman Sumur air Zamzam mencapai sekitar 30,5 meter. Sekitar 13,5 meter paling atas merupakan lapisan pasir yang sangat berpori.

Bagian kedua Sumur air Zamzam memiliki dalam 17 meter, yang merupakan lapisan batuan keras beku diokrit yang banyak dijumpai di Arab.*

Rep: Admin Hidcom
Editor: Bambang S

No comments: